Ahli perniagaan, Nicky Liow, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 26 pertuduhan berkaitan akta pencegahan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram 2001.<br /><br />Nicky atau Liow Soon Hee, 34 tahun, yang juga Pengasas Winner Dynasty Group, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan hakim, Helina Sulaiman.
